Your cart is currently empty!
Fidyah
Apa itu Fidyah ?
Fidyah ialah denda ke atas seseorang Islam yang telah baligh kerana meninggalkan puasa wajib atas sebab-sebab tertentu atau sengaja melewatkan puasa ganti (qada) Ramadan.
GOLONGAN DIWAJIBKAN MEMBAYAR FIDYAH SAHAJA (Wajib Qadha)
- Mereka yang sakit dan penyakitnya mungkin bertambah teruk atau proses penyembuhan mungkin tertangguh jika berpuasa.
- Mereka yang mengembara (musafir) lebih kurang 84km atau lebih.
- Wanita hamil atau mereka yang menyusukan anak dan bimbang akan kesihatan diri sendiri.
- Mereka yang dalam keadaan nifas atau haid.
- Mereka yang terlalu lapar atau dahaga sehingga boleh memudaratkan diri sendiri.
- Mereka yang puasanya terbatal oleh salah satu syarat yang membatalkan puasa.
GOLONGAN DIWAJIBKAN BAYAR FIDYAH TANPA BERPUASA (WAJIB FIDYAH)
- Mereka yang dalam keadaan sakit kritikal, tidak dapat berpuasa dan harapan untuk sembuh sangat tipis.
- Mereka yang sangat lemah dan tidak dapat berpuasa kerana usia lanjut.
GOLONGAN DIWAJIBKAN KEDUANYA (WAJIB QADHA’ AND FIDYAH)
- Wanita hamil atau menyusu yang bimbang dengan kesihatan anak.
- Mereka yang tidak membalas puasanya dari Ramadhan sebelumnya sehingga tibanya Ramadhan berikutnya.