Wasiat & Hibah

Apa itu Wasiat?

Wasiat ialah suatu pemberian yang disandarkan atau dikaitkan sesudah mati iaitu hanya akan terlaksana selepas pewasiat meninggal dunia.

Apa yang kita akan dapat sekiranya melakukan Wasiat?

Kebaikan Yang Diperolehi Dengan Adanya Wasiat :

  • Harta Pusaka boleh diurus dan diagihkan kepada waris-waris dalam masa purata 6 hingga 8 bulan.
  • Dapat mengekalkan pemilikan harta peninggalan si mati dari menjadi milik orang lain di bawah hukum Faraid.
  • Menjaga kebajikan anak berumur di bawah 18 tahun.
  • Melindungi harta sepencarian.
  • Segala urusan teratur dan tiada keraguan.
  • Dapat mengekalkan keharmonian keluarga.
  • Pemberian semasa hidup melalui cara hibah boleh dibuat untuk kesejahteraan hidup orang yang disayangi tanpa had jumlahnya. Ia mungkin akan berguna untuk kepentingan mereka yang disayangi selepas ketiadaan anda.

Apa itu Hibah?

Hadiah atau pemberian harta / milikan (sama ada harta alih atau tak alih) tanpa balasan oleh penghibah kepada penerima hibah secara rela hati semasa hayatnya di atas dasar kasih sayang dan kemanusiaan.

Kenapa perlu membuat Hibah?

Kelebihan Hibah:

  • Harta yang telah dihibah akan terkeluar dari harta pusaka.
  • Harta yang telah dihibah tidak boleh dituntut oleh waris-waris yang lain.
  • Pewarisan atau pemindahan harta dapat dibuat dengan lebih mudah dan cepat.
  • Boleh diberikan kepada sesiapa pun; anak angkat, anak tiri, waris yang tidak menerima pusaka.
  • Pemberian semasa hidup melalui cara hibah boleh dibuat untuk kesejahteraan hidup orang yang disayangi tanpa had jumlahnya. Ia mungkin akan berguna untuk kepentingan mereka yang disayangi selepas ketiadaan anda.

Hubungi Kami untuk pertanyaan tentang Wasiat & Hibah